PlayStation 2024 Wrap-Up kini akhirnya boleh diakses oleh semua pengguna PlayStation. Seperti Wrap-Up tahun sebelum ini, versi tahun ini memberikan statistik masa permainan, jumlah trofi yang diterima, permainan paling popular, statistik sosial dan banyak lagi.
Seperti ciri rangkuman pada aplikasi lain, Wrap-Up 2024 dipaparkan seperti Instagram Stories. Selain statistik permainan, jenis gamer juga boleh dilihat. Anda mungkin peminat permainan solo atau seorang suka bersosial di dalam permainan atas talian. Permainan yang paling banyak dimainkan mengikut bulan juga boleh dilihat bagi mengukur tahap ketagihan anda kepada genre tertentu.
Untuk mengakses PlayStation 2024 Wrap-Up sila pergi ke pautan ini.