Carian
Google Melancarkan Pembantu Peribadi Deep Research Yang Melakukan Penyelidikan Atas Talian 
December 12, 2024 Effi Saharudin

Selain model Gemini 2.0 baharu dan video Project Astra, Google turut mengumumkan Deep Research yang merupakan pembantu peribadi dengan kecerdasan buatan (AI) yang boleh melakukan penyelidikan atas talian. Ia menyasarkan pengguna yang ingin melakukan penyelidikan ke atas topik tertentu dan inginkan maklumat yang tepat diberikan.

Deep Research boleh diarahkan melakukan penyelidikan ke atas topik tertentu. Ia kemudiannya memberikan rangka kerja kajian yang kemudiannya boleh disemak dan disunting oleh pengguna sebelum ia dilakukan oleh Deep Research.

Dalam masa beberapa minit, sebuah dokumen kajian akan dihasilkan lengkap dengan pautan untuk semakan yang kemudiannya boleh dieksport ke Google Docs. Deep Research kemudiannya boleh diarahkan untuk memperhalusi lagi kajian sekiranya perlu bagi mendapatkan maklumat yang lebih memenuhi kehendak pengguna.

Deep Research boleh digunakan hari ini oleh pelanggan Gemini Advanced dalam Bahasa Inggeris di desktop. Ia akan kemudiannya boleh diakses dalam aplikasi telefon pintar bermula awal 2025.

Komen