Carian
Kerajaan Meningkatkan Subsidi FLYsiswa Kepada RM400 Berkuat-kuasa 1 Januari 2025
December 12, 2024 Aman

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan subsidi FLYsiswa yang meringankan beban pelajar membeli tiket penerbangan akan dinaikkan sebanyak RM100, menjadikan jumlah subsidi FLYsiswa berjumlah RM400 bermula 1 Januari 2024.

Inisiatif FLYsiswa ini telah dimulakan sebelum ini dalam usaha meringankan beban pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang perlu membeli tiket penerbangan ke Semenanjung, dan begitu juga sebaliknya.

FLYsiswa ditawarkan dalam bentuk baucar digital kepada setiap pelajar yang layak, dan boleh ditebus untuk pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dengan membantu meringankan beban kewangan pelajar, ia turut disasarkan para pelajar boleh memberikan tumpuan penuh terhadap pembelajaran masing-masing.

Komen