Carian
Harvard Akan Menawarkan Dataset Hampir Satu Juta Buku Yang Boleh Digunakan Untuk Latih AI
December 12, 2024 Aman

Harvard University hari ini berkongsi yang mereka kelak akan menawarkan dataset berkualiti tinggi untuk hampir satu juta buku, yang boleh digunakan siapa sahaja dalam melatih model kecerdasan buatan masing-masing. Untuk tujuan ini, Harvard turut menerima dana daripada pihak Microsoft dan juga OpenAI.

Dataset berkenaan akan mengandungi buku-buku yang dikategorikan dibawah domain awam, terdiri daripada pelbagai genre, dan bahasa.

Penawaran ini dijangka akan menjadikannya sebagai asas – serta memudahkan pelbagai syarikat baharu untuk membangunkan dan melatih model masing-masing. Namun, seperti biasa, dalam mendapatkan kelebihan untuk sesuatu model, latihan dataset tambahan diperlukan yang boleh ditambah oleh pembangunnya sendiri dari semasa ke semasa.

Komen