Carian
Internet Markah Penuh 100% Hanya Dari Time – 100% Rangkaian Fiber, 100% Pantas & Stabil
December 13, 2024 Ikhwan Nazri

Apakah azam tahun 2025 anda? Mendapatkan pekerjaan baharu? Membeli komputer baharu? Ingin jadi lebih sihat? Ingin naik pangkat? Ingin bertemu jodoh? Pindah rumah ke kawasan yang lebih bagus? Dan untuk apa jua jawapan anda diatas, anda perlukan internet yang terjamin stabil dan pantas, semestinya dari Time Internet kerana mereka memiliki 100% rangkaian internet mereka, dari hujung Stesen Pendaratan Kabel sehinggalah ke sambungan rumah anda.

100% Dimiliki Time, 100% Terjamin Stabil

Time Internet sememangnya memiliki 100% keseluruhan infrastruktur rangkaian fiber mereka. Bayangkan mereka turut mempunyai stesen pendaratan kabel yang menyambungkan internet dari rumah anda, ke seluruh dunia. Dan ini membolehkan anda berhubung ke seluruh ceruk alam dalam melaksanakan apa yang anda inginkan. Naik pangkat, buat bisnes online, jadi juara kejohanan E-Sukan, ini semua tidak mustahil apabila terdapat satu syarikat yang sangat berdedikasi dalam memberikan anda 100% yang terbaik, iaitu Time Internet. Dan jika mereka ‘tarik’ kabel dari laut, mereka juga boleh ‘menarik’ kabel fiber sehingga ke bilik anda. Itulah yang kita mahu. 

Malah satu lagi kebaikan apabila 100% dimiliki sendiri adalah bagaimana infrastruktur ini dibangunkan turut mengambilkira untuk kemajuan masa depan. Time Internet yang memiliki 100% infrastruktur rangkaian mereka dibuktikan konsisten dalam memberikan rangkaian terbaik untuk pelanggan mereka, dan ini dibuktikan dengan adanya teknologi baharu sebaik sahaja pelanggan bersedia. Kini mereka telahpun menawarkan sambungan 2Gbps dan langganan 24 bulan turut memberikan anda WiFi 7. Ini sekaligus menunjukkan komitmen Time Internet dalam memberikan 100% yang terbaik untuk pengguna, dan memastikan pengguna sentiasa mendapat internet terpantas dengan teknologi terbaharu. 

Pemilikan 100% rangkaian teknologi Time yang tidak dihambat oleh masalah ‘pihak ketiga’. 

Dan apabila 100% dimiliki Time Internet, maka segala cabaran dan masalah yang timbul, akan terus diselesaikan mereka tanpa perlu menanti lama. Anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan mereka yang beroperasi 24 jam seminggu dan mereka akan terus melayani segala permasalahan anda. Inilah khidmat pelanggan yang kita sentiasa inginkan. Dan sebut penyelesaian masalah, ini bukanlah bermaksud masalah anda akan perlu menunggu giliran dan perlu menunggu balasan emel yang memakan masa, sebaliknya bantuan teknikal yang boleh dilakukan secara atas talian, akan dilakukan secara terus.

Dan jika anda berpindah rumah ke kawasan yang mempunyai rangkaian Time Internet, anda boleh menetapkan temujanji pemasangan dengan mudah dan terjamin ‘masanya’. Ini berbeza dengan penyedia internet lain yang mungkin tidak menepati masa pemasangan, atau memerlukan anda menunggu untuk satu tempoh yang lama. Malah lebih dari itu, anda juga boleh menetapkan waktu pemasangan di luar waktu pejabat atau di hujung minggu, jadi anda tidak perlu membazirkan cuti kerja anda semata-mata untuk urusan pemasangan internet.

Dan satu lagi kebaikan pemilikan 100% infrastruktur sendiri adalah Time Internet boleh melakukan optimasi rangkaian secara terus. Berbeza dengan penyedia rangkaian internet yang ‘menumpang’ infrastruktur, ia mungkin menjadi masalah untuk mereka kerana perlu melalui beberapa proses, tetapi tidak menjadi masalah kepada Time Internet. Justeru ini adalah resipi terhebat Time Internet dalam memberikan internet yang pantas, stabil dan semuanya 100% terhubung menerusi kabel fiber. 


Jadi dengan 100% rangkaian fiber keseluruhan yang 100% dimiliki oleh Time Internet, maka haruslah anda menuju ke 2025 dengan internet pantas yang terjamin stabil, dan bakal memberikan manfaat dalam kehidupan anda. Anda boleh memulakan azam 2025 internet markah 100% dengan Time Internet menerusi promosi langganan 600Mbps yang ditawarkan pada harga RM99 untuk 6 bulan pertama, yang turut dilengkapi dengan penghala yang menepati kelajuan WiFi 7.

Hiduplah di masa hadapan, daftar Time Internet hari ini juga.

Penafian: Advertorial dari Time Internet

Komen