Carian
Vivo Akan Melancarkan Sub Jenama Baharu Jovi
December 13, 2024 Effi Saharudin

Vivo mungkin akan melancarkan peranti baharu menggunakan sub jenama baharu mereka Jovi. Senarai peranti menggunakan nama  Jovi V50, Jovi V50 Lite 5G, dan Jovi Y39 5G ditemukan dalam senarai GSMA baru-baru ini. Sebelum ini Jovi ialah nama yang digunakan oleh Vivo untuk pembantu maya mereka seakan Google Assistant.

Peranti peranti di bawah payung BBK Electronics secara kebiasaannya akan dikitar semula oleh sub jenama mereka. Maka besar kemungkinan Jovi V50, Jovi V50 Lite 5G, dan Jovi Y39 5G adalah peranti sedia ada yang sekadar diubah nama serta harga jualan lebih mampu milik. Ini ialah strategi yang cukup berjaya dilakukan oleh Xiaomi menerusi sub jenama Poco dan Redmi.

Dengan Vivo kini sudah mula menawarkan peranti mercu dengan kemampuan fotografi mantap lensa Zeiss, mungkin Jovi akan menjadi sub jenama baharu untuk peranti lebih mampu milik Vivo.

Komen