Carian
BuzzFeed Jual Syarikat Sebalik Siri “Hot Ones” Pada Nilai $82.5 Juta Kepada Firma Milik George Soros
December 13, 2024 Aman

BuzzFeed, salah satu syarikat penerbitan digital popular sedia menghadapi sejumlah kekangan, termasuk masalah kewangan. Dalam usaha mengurangkan tekanan berkenaan, kini BuzzFeed telah menjual syarikat sebalik siri popular “Hot Ones” pada nilai $82.5 juta.

Bagi yang tidak mengenali akan siri “Hot Ones”, ia merupakan salah satu rancangan popular di YouTube yang memerlukan para hadirin yang ditemuramah untuk makan dengan cecah sos mengikut kadar kepedasan berbeza. Pelbagai artis dan tokoh popular sedia ditemuramah melalui rancangan berkenaan, dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Saluran “First We Feast” di YouTube yang menerbitkan siri “Hot Ones” sedia mempunyai lebih 14 juta pelanggan buat masa ini.

Hot Ones ini dijual kepada sebuah konsortium yang dimiliki George Soros, iaitu Soros Fund Management. Penjualan ini dijangka tidak membawa sebarang perubahan pada saluran “First We Feast”, dan disasarkan akan membawa kepada penciptaan lebih banyak siri baharu dibawah pemilikan baharu ini.

BuzzFeed turut mengatakan jualan “Hot Ones” ini turut akan membantu BuzzFeed untuk beralih kepada syarikat media yang mengambil kelebihan kecerdasan buatan sepenuhnya.

Komen