Carian
Anda Kelak Boleh Balas Mesej Suara WhatsApp Dengan Lebih Pantas
December 13, 2024 Fahim Zahar

WhatsApp baru-baru ini menambah baik sokongan mesej suara, di mana pengguna tidak lagi perlu mendengar audio kerana boleh membaca transkrip. Baru-baru ini, WABetaInfo menemui ciri baharu di mana pengguna kelak boleh membalas mesej suara dengan lebih pantas dan mudah.

Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas. Hanya tekan ikon ini dan pengguna boleh terus merakam suara untuk membalas mesej suara. Ciri ini tidak dinafikan adalah lebih mudah kerana pengguna tidak perlu tekan butang mikrofon setiap kali apabila ingin membalas mesej suara yang diterima.

Ciri ini telah diedarkan dalam WhatsApp untuk Android versi beta 2.24.26.6, tetapi tidak dibuka kepada semua pengguna. Sama-sama kita nantikan kemas kini ini untuk memudahkan lagi penggunaan mesej suara.

Komen