Carian
Juara Dunia Pengguna Microsoft Excel Dinobatkan Di Las Vegas
December 13, 2024 Effi Saharudin

Mungkin ramai tidak sedari pertandingan mencari raja Microsoft Excel berlangsung setiap tahun. Sejak tiga tahun lalu, Andrew “The Annahilator” Ngai dari Australia memegang takhta sebagai pengguna Excel terbaik dunia. Tetapi tahun in beliau telah tewas kepada Michael Jarman, seorang peserta dari Kanada.

Beliau memenangi acara Microsoft Excel World Championship yang berlangsung di Las Vegas minggu lalu. Beliau yang bekerja sebagai pengarah model kewangan di Toronto menggunakan kepakaran menggunakan perisian lembar kerja ini dalam pertandingan esukan yang berlangsung sejak 2021.

Tahun ini kepakaran Excel digunakan untuk mengawal sekumpulan watak dalam World of Warcraft untuk menjalan misi. Statistik setiap watak Horde yang dikawal perlu dijejak bagi mendapatkan markah yang tertinggi sebelum melakukan misi raid terakhir Molten Core. Jarman memenangi hadiah $5000 dan seutas tali pinggang gusti.

Komen