Carian
NVIDIA Mengacah Kehadiran Siri Kad Grafik Baru Melalui Video The Witcher IV
December 13, 2024 Nazrin

Seperti yang sedia maklum, NVIDIA akan memperlihatkan siri kad grafik terbaru mereka, NVIDIA GeForce RTX 5000 di acara CES 2025 di Las Vegas dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Di acara The Game Awards, CD Projekt Red, pembangun permainan pengembaraan CD Projekt Red telah memperlihatkan permainan seterusnya mereka, iaitu The Witcher IV dan telah memperlihatkan video acah baru mengenainya.

Apa yang menarik mengenai video acah ini ialah notis di bawah video tersebut yang mengatakan bahawa ia telah diolah menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA yang belum diumumkan lagi, dan ini memperlihatkan bahawa kad grafik GeForce RTX terbaru sedia untuk diperkenalkan tidak lama lagi.

NVIDIA dijangka akan memperlihatkan kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 dan GeForce RTX 5080 terlebih dahulu sebelum memperkenalkan model-model lain.

Komen