Pantulan cermin dalam gambar ialah musuh peminat fotografi sejak kamera dicipta ratusan tahun lalu. Tetapi bagi pengguna Adobe Camera Raw, masalah bergenerasi ini dapat diselesaikan dengan hanya menekan satu butang menggunakan ciri baharu Reflection Removal.
Reflection Removal menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membuang pantulan cermin secara automatik. Yang menjadikan Reflection Removal berbeza dengan ciri sama pada perisian lain ialah, pengguna boleh membuang sebanyak mana pantulan cermin boleh dibuang. Malahan terdapat fungsi untuk mengekalkan imej pantulan dan bukan imej latar yang biasanya ingin disimpan.
Namun begitu Reflection Removal hanya boleh membuang pantulan pada gambar dengan format RAW sahaja ketika ini. Sokongan untuk format lain seperti HEIC dan JPEG akan diberikan di masa hadapan. Reflection Removal kini boleh diuji menerusi Technology Preview di Adobe Camera Raw dengan ia akan diintegrasikan ke dalam Adobe Lightroom juga di masa hadapan.