Menurut WhatsApp, hari ini sudah mempunyai lebih dari 2 bilion panggilan dilakukan pada platform pemesejan mereka. Tidak kira panggilan suara atau video, ramai yang menggunakannya dan tidak lagi bergantung kepada platform lain. Terbaru, kualiti panggilan telah ditambah baik berserta dengan beberapa ciri baharu.
Kini dari dalam kumpulan WhatsApp, pengguna boleh melakukan panggilan suara dengan memilih sebilangan peserta. Peserta lain tidak akan din ganggu dan ini memudahkan sebarang perbincangan rahsia yang ingin dilakukan.
Pada panggilan video pula kini ada 10 pilihan penuras untuk menceriakan lagi sesi panggilan dan pengguna turut boleh menambah beberapa pelekat realiti terimbuh. Kemudian panggilan suara dari WhatsApp desktop sama ada Windows atau Mac, penggunaannya lebih mudah dan setaraf dengan telefon pintar. Akhir sekali kualiti panggilan video telah dipertingkatkan dengan resolusi video lebih tinggi tidak kira dalam mod panggilan mana.
Kemas kini ini dikatakan sudah tersedia untuk semua pengguna dan boleh dimuat turun terus dari gedung aplikasi peranti masing-masing.