Senheng kini mengumumkan penawaran perkhidmatan baharu, iaitu penyelesaian solar untuk para pengguna di seluruh negara. Dengan langkah ini, pengguna seluruh dunia boleh mendapatkan penyelesaian solar di lebih 100 cawangan Senheng di seluruh Malaysia.
Untuk penawaran ini, Senheng bekerjasama dengan beberapa jenama solar seperti Solaroo, Canadian Solar, BSL Eco Energy dan juga Panasonic.
Dibawah penawaran ini, Senheng menawarkan pakej bermula RM17,000, yang merangkumi panel solar berprestasi tinggi, inverter, dan komponen untuk menjana, menyimpan dan menguruskan tenaga lestai dengan berkesan.
Senheng mengatakan pemilik rumah boleh menjimatkan lebih daripada 95% pada bil elektrik bulanan mereka dengan penggunaan penyelesaian solar mereka, dan menyasarkan pulangan pelaburan untuk pemasangan berkenaan dalam tempoh antara 5 ke 7 tahun.
Senheng juga turut menyediakan pembiayaan fleksibel untuk pemasangan solar di rumah, selain pelan tanpa faedah 0% sehingga 36 bulan. Bagi yang berminat, boleh menyemak penawaran Senheng ini melalui laman rasmi mereka, atau mengunjungi mana-mana cawangan Senheng.