Carian
Xiaomi Malaysia Membuka Kedai Fizikal Baharu Di IPC Shopping Centre
December 14, 2024 Amy Maizuraa

Xiaomi Malaysia melancarkan kedai fizikal baharu di IPC Shopping Centre, The Curve Mutiara Damansara, Selangor pada hari ini. Ia lebih sekadar kedai baharu malahan lebih menarik apabila dikendali secara langsung oleh Xiaomi Malaysia dan bukannya wakil mereka seperti kebanyakan kedai sebelum ini. Sekali gus menandakan pencapaian penting jenama ini dalam mengukuhkan lagi kedudukannya yang berkembang pesat di Malaysia.

Kedai baharu ini mempunyai kawasan pameran yang kemas dan tersusun untuk mempamerkan pelbagai kategori produk yang termasuk peranti pintar dan peranti AIoT. Di mana, pengunjung berpeluang merasai kualiti produk secara langsung serta lebih nyata, sambil boleh menguji kualiti produk sendiri. Pasukan jualan professional juga sentiasa bersedia membantu pengunjung untuk memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan.

Untuk meraikan pembukaan ini, Xiaomi turut menyediakan tawaran pelancaran eksklusif termasuk dua puluh pengunjung terawal yang membeli peranti Xiaomi 14T akan menerima Mi Power Bank (20,000mAh) bernilai RM259 secara percuma. Pengunjung yang membeli barangan Xiaomi dengan jumlah diantara RM300 dan RM2000 dalam satu resit pula akan menerima hadiah eksklusif menarik, seperti Xiaomi Water Ionic Hair Dryer H500 (RM239), Xiaomi Smart Air Fryer (RM359), Xiaomi Robot Vacuum E10 (RM899) dan Xiaomi Truclean W10 Pro Wet Vacuum (RM2,599).

Jangan lepaskan peluang untuk sertai cabutan bertuah yang berlangsung mulai hari ini hingga 1 Januari 2025. Hanya dengan pembelian bernilai RM500 dan Keatas dalam satu resit, pengunjung boleh menjadi salah seorang yang berpeluang merebut hadiah utama berupa Xiaomi TV A Pro 55 2025 (bernilai RM2399), Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro (bernilai RM1059), Xiaomi Smart Air Fryer 6.5L (bernilai RM399) dan 100-unit hadiah eksklusif Xiaomi yang lain.

Peraduan ini berlangsung dalam dua pusingan berbeza yang bermula hari ini hingga 21 Disember 2024 untuk pusingan pertama. Sementara itu pusingan kedua pula akan berlangsung pada 22 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025. Sertai sekarang dan siapa tahu mungkin anda yang akan diumumkan sebagai pemenang! Kunjungi juga kedai baharu ini untuk menerokai temui apa yang membuatkan barangan Xiaomi itu benar-benar luar biasa.

Komen