ChatGPT Memperkenalkan Ciri “Projects” – Memudahkan Pengurusan Pelbagai Pertanyaan Dan Penjanaan Untuk Sesuatu Projek
Aman
ChatGPT kini memperkenalkan sebuah ciri baharu, dinamakan “Projects”. Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada pengurusan sesuatu projek menggunakan ChatGPT, dimana ia berfungsi seumpama folder, membolehkan anda melihat pelbagai pertanyaan berkaitan sesuatu projek, disamping menempatkan semua fail dan dokumen berkaitan yang dimuat-naik berkaitan projek berkenaan.


Dengan langkah ini, anda boleh dengan mudah meminta ChatGPT untuk memberikan respon berkaitan suatu projek spesifik, dan merujuk kepada dokumen yang anda muat-naik ke Projects berkenaan.
Buat masa ini, ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna berbayar ChatGPT. Ciri ini dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna versi percuma pada awal tahun 2025 kelak.