Pabila bercakap mengenai kerjaya, ramai mahukan kerjaya ideal namun aturan hidup dan juga perjalanan rencah seharian mungkin membawa setiap insan ke haluan berlainan, sehinggalah mencapai destinasi yang dituju. Begitu jugalah untuk ketiga-tiga warga Malaysia ini yang akan mewakili negara untuk acara TikTok LIVE Fest di persada antarabangsa Januari hadapan.
TikTok LIVE Fest merupakan satu acara yang diilhamkan menjadi tempat untuk pengguna TikTok bersiar secara langsung, dan mempersembahkan bakat mereka untuk mendapatkan perhatian penonton serta berinteraksi secara terus, memberikan pengalaman yang berbeza dengan saluran siaran langsung yang lain. Malah siaran langsung di TikTok juga merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan, baik pendapatan untuk sendiri mahupun untuk syarikat. Justeru acara TikTok LIVE Fest ini juga memberikan pendedahan kepada pengguna lain akan cara penggunaan TikTok yang sangat versatil. Malah ketiga-tiga wakil Malaysia ini juga mempunyai latarbelakang yang jauh berbeza, dan bukanlah berasal dari pengacara yang berpengalaman. Sebaliknya azam dan kepintaran mereka menjadi tonggak utama bagi membawa Malaysia ke mata dunia.
Kejar Impian Bukan Sekadar Keuntungan – Dari Eksekutif Jualan Kepada Penyanyi Menerusi TikTok LIVE – YuWei (@yweii_9)
Wakil pertama adalah YuWei (@yweii_9) yang merupakan seorang jurujual yang asalnya kekok dihadapan kamera. Namun berbekalkan azam bagi mencari pekerjaan yang boleh mengetengahkan minat beliau untuk menyanyi, YuWei telah mula bersiaran secara langsung dan memenangi pemilihan TikTok LIVE Fest peringkat Malaysia atas sokongan peminatnya yang dipanggil sebagai ‘Ferns’ atau ‘Fermily’.
Kamu mesti bersinar terang dalam apa jua yang kamu cintai. Dan ingatlah bahawa walaupun matahari terbenam, cahaya akan terus menerangi malam. Dunia ini tidak akan pernah kehilangan keindahannya. Jangan takutkan kegelapan, kerana ia akan sentiasa diikuti oleh sinar fajar yang baharu.” – Yu Wei
Suara Yang Pernah Hilang Kini Kembali Menerusi TikTok LIVE – Peh Qin Rou (@joppc1231)
Wakil Malaysia yang seterusnya pula ialah Peh Qin Rou (@joppc1231) yang merupakan artis yang terlibat dengan pementasan, kemudiannya kehilangan suara untuk satu tempoh. Pada waktu tersebut beliau menghadapi cabaran dalam kerjaya berikutan kehilangan suara, namun menyedari wujudnya TikTok LIVE sebagai salah satu cara untuk terus bergiat dalam ‘pementasan maya’. Menerusi TikTok LIVE beliau bangkit semula dan berjaya mendapatkan tempat kedua dalam acara TikTok LIVE Fest ini, sekaligus mewakili Malaysia.
Selagi semangat terus membara, kejayaan pasti menjadi kenyataan. – Qin Rou
Dari Pegawai Bank Bertukar Ke Bintang Siaran Langsung Kini Lebih Menguntungkan – Adelyn Heng (@adelynheng9319)
Akhir sekali merupakan Adelyn Heng (@adelynheng9319) yang asalnya merupakan seorang pegawai bank, namun tiga tahun lepas telah mula menceburkan diri bersiaran secara langsung di TikTok LIVE. Beliau juga telah membina komuniti yang digelar Peach Family dalam menyokong beliau sehingga mendapatkan markah 1 juta sewaktu bersiaran secara langsung, sekaligus membuktikan walau apa jua latarbelakang anda, jika disusuli dengan sokongan komuniti, ia pasti menghasilkan sesuatu.
Perjalanan saya bukan mengenai piala, tetapi tentang hati para peminat, yakni Peach Family saya yang telah berkongsi kasih dan kekuatan bersama saya. Dari permulaan yang sederhana hingga pencapaian yang luar biasa, inilah kisah semangat, ketabahan, dan jiwa yang tak terhenti—bersama, kita akan terbang lebih tinggi. – Adelyn
Selepas ini, ketiga-tiga wakil Malaysia ini akan berentap di persada antarabangsa bermula 17 Disember ini, dengan acara terakhir yang akan dilangsungkan di London pada 16 Januari 2025 dimana mereka akan berentap dengan peserta lain dari lebih 90 negara. Pengguna tempatan juga boleh terus memberikan sokongan kepada wakil Malaysia dan mendapatkan kemaskini terbaharu dalam perjalanan mereka ke persada antarabangsa TikTok LIVE Fest sedunia.
Untuk meraikan mereka dan juga penggiat TikTok LIVE yang lain, akan ada acara malam anugerah TikTok Verse pada 20 Disember ini dengan pelbagai aktiviti serta persembahan interaktif, dan pengguna TikTok turut dapat menonton secara langsung menerusi akaun @tiktoklive_MY dari 6pm ke 11pm.
Penafian: Advertorial dari TikTok Malaysia