Carian
X Menambah Butang Grok – Memudahkan Lagi Pemahaman Sesuatu Perkongsian
December 15, 2024 Aman

X pada hari ini telah mula memperkenalkan Grok-2 kepada semua pengguna X seluruh dunia, terutamanya pengguna yang tidak melanggan versi berbayar. Untuk makluman, Grok-2 telah diperkenalkan pada pada bulan Ogos 2024 lepas, dan kini turut diperluaskan kepada pengguna tidak berbayar.

Pengenalan ini hadir selepas pihak X memperkenalkan penjana imej yang lebih baik melalui Grok, dinamakan Aurora. Grok-2 juga turut menyertakan sokongan carian web – membolehkan pengguna bukan sahaja mendapatkan maklumat masa-nyata untuk perkongsian di X, tetapi turut mendapatkan maklumat lanjut hasil carian web oleh Grok, dan mempersembahkan anda dengan gabungan maklumat yang dihimpunkan.

Menariknya, turut diumumkan melalui kemaskini baharu ini adalah integrasi butang Grok poda setiap perkongsian di X. Melaluinya, pengguna boleh tekan pada butang Grok di sesuatu perkongsian, dan seterusnya memahami dengan mudah apakah konteks dan ingin disampaikan oleh sesuatu perkongsian. Butang Grok juga akan memudahkan lagi pemahaman sesuatu kandungan yang sedang tular melalui X.

Ciri butang Grok ini dilihat masih belum meluas lagi, dan mungkin hadir secara berperingkat kepada semua.

Dengan perkembangan sihat dalam arena kecerdasdan buatan ini, sama-sama kita nantikan lagi apakah yang bakal ditawarkan melalui Grok kelak.

Komen