Carian
Qualcomm Menafikan Dakwaan Intel Cip Snapdragon X Dipulangkan Semula Pada Kadar Tinggi
December 16, 2024 Effi Saharudin

Hujung minggu lalu CEO sementara Intel, Michelle Johnston Holthaus mengadakan peranti dengan cip Qualcomm Snapdragon X dipulangkan pada kadar yang tinggi oleh pembeli disebabkan oleh isu perisian yang tidak serasi. Qualcomm segera mengeluarkan dakwaan menyangkal kenyataan ini dan mengatakan kadar pemulangan peranti sebenarnya adalah setanding dengan norma industri.

Persaingan antara Intel dan Qualcomm menjadi hangat tahun ini dengan pelancaran cip Snapdragon X. Kelebihan cip Qualcomm ialah hayat bateri yang lebih lama berbanding yang ditawarkan cip Intel dan kemampuan NPU yang lebih tinggi. Namun begitu masih tidak boleh dinafikan wujud isu untuk menjalankan permainan video dan perisian khusus yang tidak natif dengan senibina ARM.

Masalah yang melanda Intel juga telah membuatkan wujud ura-ura Qualcomm berminat membeli perniagaan rekaan Intel bagi membolehkan mereka bersaing dalam arena PC.

Komen