Nilai wang kripto Bitcoin meningkat ke $106,449 (~RM475,188) awal pagi tadi hari yang sekali lagi adalah yang tertinggi dalam sejarah. Namun begitu semasa artikel ditulis, ia kembali turun ke sekitar $104,615 (~RM467,000) yang masih lagi lebih tinggi berbanding $97,000 yang dicatatkan Isnin lalu.
Nilai Bitcoin naik mendadak selepas kemenangan Donald Trump bulan lalu selepas terapung sekitar $76,000 sejak sekian lama. Polisi mesra kripto yang akan dilakukan oleh Trump apabila menjadi Presiden Amerika Syarikat menjadi pemangkin kepada peningkatan harga bukan sahaja Bitcoin tetapi juga mata wang kripto yang lain.