Carian
Senarai Siri Cip Pemprosesan Intel Core 200 Untuk Komputer Riba Tertiris
December 16, 2024 Nazrin

Seperti syarikat-syarikat pengeluar cip pemprosesan yang lain, Intel dijangka akan memperlihatkan siri cip pemprosesan untuk komputer riba mereka di acara CES 2025 tidak lama lagi. Jika sebelum ini Intel sudahpun memperlihatkan siri Intel Core Ultra 200V untuk siri komputer riba nipis dan ringan mereka, mereka, Intel Core Ultra 200 H, Core 200 H dan Core 200 U akan diperkenalkan untuk siri komputer riba arus perdana.

Akan tetapi nampaknya kejutan yang mahu disimpan oleh Intel telahpun tertiris ke arena web, dimana sejumlah besar model cip pemprosesan telah ditiriskan, dari Intel Core Ultra 9 285H sehinggalah Intel Core 5 220U.

Dalam pada itu, dengan penirisan ini, kita juga tahu bahawa siri cip pemprosesan Intel Core 200H dan 200U tidak akan menggunakan CPU Arrow Lake, tetapi menggunakan semula cip Raptor Lake Refresh yang diperbaharui. Siri Intel Core Ultra 200HX dan Intel Core Ultra 200H dan Core Ultra 200U adalah model yang akan menggunakan cip Arrow Lake didalamnya.

Seperti kebanyakan syarikat-syarikat lain, Intel akan memperlihatkan penawaran cip pemprosesan komputer riba terbaru mereka di acara CES 2025 yang akan berlangsung di Las Vegas pada minggu pertama Januari 2025.

Komen