Donald Blitzer yang merupakan pencipta bersama teknologi skrin plasma meninggal dunia pada 10 Disember lalu di usia 90 tahun. Kematian beliau hanya diumumkan pada hujung minggu lalu. Teknologi skrin plasma dibangunkan oleh Blitzer bersama dengan Gene Slottow dan Robert Willson pada tahun 1964.
Skrin dibangunkan bagi menyokong sistem komputer PLATO (Program Logic for Automatic Teaching Operations) yang membolehkan pembelajaran menggunakan komputer dilakukan. Ia antara sistem terawal membolehkan pengguna mengakses komputer dalam rangkaian. Blitzer menyedari penggunaan skrin CRT untuk PLATO menyakitkan mana kerana ia berkelip-kelip dan tidak begitu terang dan ini menyukarkan proses pembelajaran menggunakan komputer.
Teknologi skrin plasma menyelesaikan isu ini kerana ia boleh memaparkan kandungan pada skrin tanpa menyakitkan mana pada resolusi 512×512 bitmap. Pada peringkat awal skrin plasma hanya boleh memaparkan warna oren dan hitam sebelum versi berwarna dicipta pada dekad 80an.