Carian
WhatsApp Untuk iOS Kelak Akan Ada Laman Mendail Panggilan Suara Tersendiri
December 16, 2024 Fahim Zahar

Pengguna kali pertama yang menggunakan iPhone. pasti ramai keliru apabila ingin melakukan panggilan suara WhatsApp. Ini kerana, ia diintegrasikan terus ke dalam aplikasi telefon iOS dan tidak seperti Android yang ada laman mendail tersendiri. Perkara ini akan berubah tidak lama lagi.

WhatsApp untuk iOS akan datang menurut WABetaInfo, akan menerima laman mendail sendiri. Pengguna tidak lagi terhad dengan membuka ruang perbualan bersama rakan dan tekan ikon telefon, sebaliknya boleh terus mendail nombor. Walaupun begitu, sejarah panggilan masih akan kekal dipaparkan dalam aplikasi telefon bagi memudahkan akses secara universal termasuk dengan menggunakan Siri.

Akhirnya, secara perlahan penggunaan iOS akan menjadi semakin mirip dengan Android dan ini akan memudahkan ramai pengguna Android untuk beralih ke ekosistem Apple.

Komen