Ia telah dilaporkan baru-baru ini bahawa sekumpulan pengubahsuai perkakasan telah berjaya mengubahsuai sebuah konsol Sony PlayStation 5 kepada sebuah komputer riba, lengkap dengan paparan skrin, papan kekunci dan sistem penyejukan yang dibina secara baru.
Komputer riba ini hadir dengan rekaan yang sangat tebal(31.3mm) dan berat (4.32kg) dan sistem penyejukan dwi-kipasnya dikatakan sangat bising sekali. Pada tahap maksima, ia sekuat 71.3dB. Ia juga merumahkan sebuah paparan skrin IPS 17.3 inci dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 60Hz.
Kumpulan pengubahsuai ini yang dinamakan Notebook Review Studio menamakan komputer riba PlayStation 5 ini sebagai BBook AI Original Edition dan telah membelanjakan sekitar $2750
Sayangnya, untuk sebuah komputer riba, ia tidak hadir dengan bateri terbina, dan perlu dikuasakan oleh sebuah bongkah pengecasan.