Carian
Samsung Bixby Dengan Integrasi AI Akan Tiba Pada Tahun 2025, Mungkin Bersama Galaxy S25
December 16, 2024 Fahim Zahar

Walaupun Samsung telah memperkenalkan Galaxy AI dengan penggunaan model bahasa raya Gauss dan Google Gemini, pembantu maya mereka Bixby masih dungu sama seperti Siri pada Apple walaupun telah ada Apple Intelligence. Untuk Samsung, perkara ini akan berubah untuk semua pengguna menjelang tahun 2025.

Perubahan ini mungkin akan berlaku ketika pengumuman Samsung Galaxy S25, menurut ETNews. Bixby serba baharu ini telah diintegrasikan dengan teknologi AI generatif melalui model bahasa raya Gauss dan juga Google Gemini. Ciri ini telah pun ditawarkan untuk pengguna di China dengan peranti Galaxy W25 dan W25 Flip.

Tahun hadapan, Bixby pada Galaxy S25 boleh berfungsi seakan ChatGPT di mana pembantu maya peranti juga adalah chatbot AI. Pada peranti Android, ciri lalai sekarang adalah bersama Google Gemini atau pada peranti Infinix dan Tecno yang menggunakan Folax dan Ella. Siri pada peranti Apple juga masih bergantung kepada ChatGPT oleh OpenAI dan belum diintegrasikan dengan LLM.

Komen