Tune Talk kini mengemaskini pelan Epik+ dibawah mereka, dan dipertingkatkan dengan pilihan data yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Epik 35+ yang sebelum ini menawarkan data 30GB, kini ditambah-baik kepada 150GB sebulan, pada harga RM35 sebulan.
Pelan ini turut hadir dengan sokongan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, serta sokongan hotspot yang dikongsikan daripada kuota data bulanan 150GB. Setiap pelanggan juga disediakan dengan pelan insurans peribadi bernilai RM50,000.
Selain pelan Epik35+, pihak Tune Talk turut menawarkan Epik 25+ pada harga RM25 sebulan dengan penawaran data sebanyak 40GB sebulan.
Epik50+ pula hadir dengan data 350GB sebulan, panggilan tanpa had, dan pelan insurans bernilai RM50,000 pada harga RM50 sebulan. Semua pelan Epik+ ini juga menyokong rangkaian 5G dan 4G.