Carian
Acer Revo Box Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2049
December 17, 2024 Aman

Acer kini menawarkan beberapa produk untuk pasaran tempatan, dan salah satunya adalah sebuah komputer bersaiz mini seumpama Mac Mini, dinamakan sebagai Acer Revo Box. Sebanyak dua variasi ditawarkan di Malaysia, iaitu Revo Box dengan pilihan cip Intel Core i5-1334U dan juga Intel Core i7-1355U.

Penawaran lain adalah lebih kurang sama, termasuk memori 16GB DDR4 (yang boleh dinaik-taraf kepada 32GB), penggunaan grafik Intel UHD, storan 512GB M.2 2280 PCI-e Gen4 SSD. Kedua-duanya turut hadir dengan sistem operasi Windows 11 Home.

Dari segi saiz, ia menawarkan saiz lebar 5.16-inci, yang mana agak kompak dan mudah diposisikan dibawah skrin anda ketika melakukan kerja. Ia juga membawakan berat kurang 1kg.

Di Malaysia, Acer menawarkan Acer Revo Box ini pada harga RM2049 untuk versi Intel Core i5, dan juga RM2699 untuk Intel Core i7.

Komen