Setelah beberapa bulan kereta elektik pertama jenama Malaysia iaitu Proton e.MAS7 diperkenalkan dan menelusuri lebih 4,000 km, hari ini ia secara rasminya telah tersedia untuk pengguna tempatan dan ditawarkan pada harga bermula RM 109k untuk versi Prime, dan bermula RM 123k untuk versi Premium.
Kedua-dua versi Prime dan Premium ini mempunyai prestasi yang sama, iaitu kuasa maksimum 160 kW dengan tork 320 Nm, yang memberikan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.9 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 175 km/j.
Perbezaan yang ada diantara Proton e.MAS7 versi Prime dan Premium adalah dari segi kapasiti bateri yang turut mempengaruhi jarak perjalanan, kelengkapan dan juga KEMASAN. Versi Prime dilengkapi dengan bateri berkapasiti 49.25 kW, yang memberikan jarak perjalanan 345 KM WLTP dan menyokong pengecasan DC 80 kW. Manakala Versi Premium pula mempunyai bateri berkapasiti 60.22 kW dengan jarak perjalanan 410 KM WLTP dan menyokong pengecasan DC 100 kW.
Kedua-dua versi ini boleh dicaj DC dari 30-80% sepantas 20 minit, akan tetapi perbezaan ketara untuk pengecasan AC 30-80% dimana versi Prime adalah sepantas 4.9 jam namun versi Premium yang mempunyai bateri lebih besar ( 60kW) memerlukan masa 6.1 jam untuk mengecas 30-80%.
Untuk kelengkapan, kedua-dua versi mempunyai Swapandu tahap 2, fungsi Vehicle-to-load, penghawa dingin dengan penapis udara N95, paparan inforia 15.4-inci 2K, paparan kluster pemanduan bersaiz 10-inci, dan bermacam lagi.
Malah ia turut mendapat markah 5 bintang ASEAN NCAP sebagai penanda aras jaminan keselamatan pemandu dan juga penumpang. Paparan antaramuka yang dikuasakan sistem Flyme Auto serta mempunyai sistem pemetaan yang boleh memaparkan jarak perjalanan mengikut kapasiti bateri, dan memaparkan lokasi pengecasan.
Membezakan versi Premium dengan Prime adalah beberapa kelengkapan tambahan seperti bumbung lutcahaya yang boleh dibuka, 16 pembesar suara, paparan terimbuh HUD, lampu persekitaran LED, tempat duduk dengan sistem pengudaraan dan juga but belakang automatik.
Proton e.MAS7 Prime ditawarkan pada harga bermula RM109,800 manakala Proton e.MAS7 Premium ditawarkan pada harga bermula RM123,800 dan kedua-duanya hadir dengan lima pilihan warna. Bersama-sama kereta elektik pertama dari Proton ini adalah jaminan selama 6 tahun tanpa had jarak perbatuan, jaminan bateri dan komponen selama 8 tahun atau 180,000 KM jarak perbatuan.
Khusus untuk pemilik Proton e.MAS7 yang telah melakukan pra-tempahan, mereka akan menerima hadiah bernilai RM 1,000 dan diskaun RM 500. Turut ditawarkan bersama adalah pengecas rumah 7kW, data internet tanpa had selama 5 tahun, pengecas V2L. Disamping itu, untuk 3000 pembeli terawal, rebat sebanyak RM4000 akan diberikan atas harga pembelian, menjadikan harga promosi
Bagi anda yang berminat, anda boleh hadir ke cawangan Proton yang terdekat atau boleh memuat-turun aplikasi Proton e.MAS di Apple App Store, Google Play dan juga Huawei AppGallery.