Carian
iPhone 17 Air Dijangka Berharga Lebih Murah Berbanding Siri iPhone Pro
December 16, 2024 Aman

Apple pada 2025 sedia diperkatakan bakal memperkenalkan iPhone dengan rekaan nipis, mungkin dikenali dengan nama iPhone Air. Siri baharu ini dijangka menggantikan siri iPhone Plus pada hari ini, yang dilihat tidak mempunyai kadar peminat yang tinggi seperti penawaran iPhone yang lain.

iPhone 17 Air dijangka diperkenalkan pada September 2025, dengan fokus utama padanya adalah rekaan yang nipis dan lebih ringan berbanding penawaran iPhone lain di pasaran. Ia juga dijangka hadir dengan penawaran kamera yang lebih mudah, dalam usaha mengurangkan kos peranti berkenaan.

Menurut laporan WSJ, Apple iPhone 17 Air dijangka berharga lebih rendah berbanding dengan siri Pro. Ini juga dilihat selari dengan iPhone 17 Air yang dijangka menggantikan siri “Plus” pada hari ini.

Di Malaysia, iPhone siri Pro ditawarkan pada harga bermula RM4999, dan sekiranya harga tersebut dikekalkan untuk tahun hadapan, maka kita akan melihat penawaran iPhone 17 Air dibawah harga berkenaan.

Bagi anda, adakah anda merasakan siri “Air” ini akan menamatkan masalah peranti yang dihadapi oleh Apple, selepas siri “Mini” dan “Plus” yang dilihat kurang memuaskan penerimaannya.

Komen