Carian
Perplexity Memperkenalkan “Spaces” – Membolehkan Anda Hadkan Sumber Untuk Carian Web AI
December 16, 2024 Aman

Perplexity merupakan salah satu penyedia perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan, dan sering diposisikan sebagai enjin carian dikuasakan kecerdasan buatan. Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan pelbagai perkara, dan ia akan menggunakan sumber-sumber web dalam menghimpunkan dan mempersembahkan serta menjana jawapan untuk persoalan anda.

Menariknya, terbaru Perplexity turut menambah sebuah ciri khas dinamakan sebagai “Spaces”. Melaluinya, anda boleh mengehadkan sumber-sumber yang digunakan oleh model kecerdasan buatan berkenaan dalam mencari jawapan, sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan jawapan yang lebih spesifik.

Sebagai contoh, anda boleh menambah had sumber kepada belanjawan.mof.gov.my dan seterusnya bertanyakan melalui Perplexity Spaces hal-hal berkaitan Belanjawan 2025. Begitu juga sekiranya anda inginkan maklumat berkaitan gajet daripada Amanz, atau menambah sejumlah sumber web untuk melakukan kajian lebih terperinci.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Perplexity ini hari ini melalui laman rasmi mereka.

Komen