ASUS melancarkan komputer riba Vivobook S 14 baharu yang dikuasakan pemprosesan Intel Core Ultra Processors (Series 2) di Malaysia. Ia direka dengan baik untuk memenuhi permintaan pengguna dalam pelbagai senario penggunaan termasuk bekerja atau bermain. Selain turut menggunakan bahan binaan yang berkualiti tinggi dengan berat keseluruhan hanya 1.3kg.
Skrin digunakan sejenis OLED WUXGA (1920 X 1200 piksel) sebesar 14-inci dengan kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 600nits. Ini dipadankan dengan pilihan CPU sehingga Intel Core Ultra 7 Processor 258V, GPU Intel Arc Graphics, memori 32GB LPDDR5X-8533, storan dalaman 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD dan perisian Windows 11 Home.
ASUS melengkapkan lagi komputer riba ini dengan bateri 75Wh yang boleh dicas melalui pengecasan 65W AC Adapter. Selain itu mempunyai kamera web FHD IR (Windows Hello) dengan pengatup khusus dan pembesar suara yang ditala oleh Harman Kardon. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 2x Thunderbolt 4 (display / power delivery), 1x HDMI 2.1 TMDS, 1x bicu audio 3.5mm dan pembaca kad SD.
Vivobook S 14 (S5406SA) ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM4,799 (CU5+16GB+512GB) dan RM5,299 (CU7+32GB+1TB) dengan ketersediaan pada pertengahan Januari 2025.