Honor GT baru sahaja diumumkan di China sebentar tadi sebagai telefon pintar memfokuskan permainan baharu jenama itu. Ia mempunyai skrin AMOLED FHD+ (2664 X 1200 piksel) sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Selain itu mempunyai teknologi Phantom Engine yang dibangunkan sendiri oleh Honor untuk pengalaman permainan yang lebih stabil dan lancar.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/HONOR-GT-CHINA-A-950x743.jpg)
Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP (Sony IMX906) dan kamera ultra lebar 12MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 13MP. Bateri 5300mAh disertakan turut boleh dicas melalui pengecasan pantas 100W dan port USB-C. Honor GT didatangkan dalam warna Phantom Black, Ice Crystal White dan Aurora Green dengan harga jualan rasmi bermula RMB2199 (~RM1,343).