OpenAI hari ini mengumumkan pengenalan enjin carian ChatGPT Search kepada semua pengguna, dan tidak lagi terhad kepada pelanggan berbayar sahaja. Namun, untuk menggunakannya, pengguna perlu log masuk ke ChatGPT terlebih dahulu.
ChatGPT Search merupakan keupayaan melakukan carian web terus melalui ChatGPT, sekaligus menggunakan ia sebagai sebuah enjin carian. Ini juga sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat dan info terkini melalui carian berasaskan web, dan tidak memaparkan data lama seperti sebelum ini. Penggunaan kami sendiri memperlihatkan ia memaparkan informasi yang kadang-kala baik, namun terdapat saban kali ia memaparkan informasi yang tidak begitu tepat, dan memerlukan semakan lanjutan dilakukan.
Disamping hanya berasaskan web, OpenAI turut menyediakan pemalam Chrome untuk ChatGPT Search, sekaligus mengubah penggunaan enjin carian utama pada pelayar web anda kepada penawaran ChatGPT Search.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba enjin carian ChatGPT Search ini melalui web dan juga aplikasi mudah-alih ChatGPT.