Carian
Cermin Ray-Ban Meta Kini Menyokong Ciri Live AI, Live Translation, dan Shazam
December 17, 2024 Effi Saharudin

Cermin mata pintar Ray-Ban Meta menerima tiga lagi ciri baharu pagi ini yang memberikan pelbagai kemampuan kecerdasan buatan (AI) baharu. Ciri pertama ialah Live AI yang boleh memahami apa yang dilihat oleh pengguna Ray-Ban Meta. Mereka boleh meminta cermin mata untuk memberitahu apakah yang sedang dipandang dengan ciri ini boleh digunakan tanpa perlu menggunakan ayat seruan “Hey Meta”

Seterusnya Live Translation melakukan alih bahasa secara masa nyata Bahasa Sepanyol, Perancis dan Itali ke Bahasa Inggeris. Pemakai cermin mata boleh mendengar audio Bahasa Inggeris yang merupakan terjemahan tiga bahasa tadi.

Pada waktu yang sama transkrip perbualan dan alih bahasa boleh dibaca pada skrin telefon cermin mata ditambat. Meta mengatakan ciri ini masih diuji dan kesilapan mungkin berlaku dengan penambahbaikan berterusan akan dilakukan.

Akhir sekali sokongan Shazam juga diberikan yang membolehkan pemakai mengenalpasti muzik yang sedang didengari. Pengguna hanya perlu memberikan arahan “Hey Meta, what is this song?”. Kesemua ciri-ciri di atas hanya boleh digunakan pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja ketika ini.

Komen