Tahun ini, pelbagai rangkuman aktiviti sudah boleh diakses seperti Spotify Wrapped, Reddit Recap dan PlayStation Wrap Up dan banyak lagi. Terbaru giliran Instagram pula akan menawarkan ciri yang sama tetapi dalam bentuk kolaj gambar.
Menurut The Verge, ciri ini akan tiba dalam tempoh terhad pada sepanjang minggu pertama Januari 2025. Kolaj 2024 ini akan memberi pengguna lebih fleksibiliti dalam menyunting gambar kerana tidak terhad kepada susunan grid. Pengguna bebas menyusun, menukar saiz, atau menambah pelekat.
Pada masa yang sama, pelekat untuk templat Add Yours, pelekat New Year, pelekat pengiraan detik, tema tahun baru untuk DM dan menaip perkataan Happy New Year akan memaparkan animasi unik. Ciri ini akan diedarkan secara berperingkat dan belum sedia untuk semua.