Carian
Samsung Galaxy A16 LTE Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga RM659
December 17, 2024 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy A16 LTE disenaraikan secara rasminya di Malaysia dengan harga RM695. Ia menjadi alternatif lebih mampu milik dengan fokus terhadap pengguna kasual. Selain itu memberi tumpuan terhadap kemaskini android dan sekuriti yang panjang mencapai enam tahun. 

Menyentuh mengenai spesifikasi, peranti ini mempunyai skrin Super AMOLED FHD+ sebesar 6.7-inci. Cip lapan teras digunakan dengan pilihan memori 4GB RAM dan storan 128GB. Selain itu mempunyai bateri 5000mAh, kalis air IP54, kamera utama 50MP + 5MP + 2MP dan swafoto 13MP.

Komen