ZUS Coffee merupakan salah satu jenama kopi tempatan yang semakin meningkat popularnya. Salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh ZUS adalah ia menyediakan sebuah aplikasi khusus yang menawarkan sejumlah ganjaran untuk pembelian melaluinya.
Tidak setakat itu, untuk penghujung tahun 2024 ini, ZUS turut hadir dengan rumusan tahunan seumpama Spotify, dinamakan ZUS Wrapped. Melaluinya, ia memperlihatkan apakah air kegemaran anda berbanding tahun 2023, berapa anda berbelanja tahun ini, berapa penjimatan anda, lokasi yang sering dikunjungi anda, dan sebagainya.
Pada penghujungnya juga, ZUS menawarkan baucar khas untuk pengguna. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak ZUS Wrapped ini pada aplikasi masing-masing hari ini.