Carian
Proses Pembaharuan Pas My50 Ditangguh Dari 23 Disember 2024 Ke 31 Januari 2025
December 17, 2024 Nazrin

Pas My50 ialah pas pengangkutan awam untuk perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam yang meliputi perkhidmatan LRT, Monorail, MRT, bas Rapid KL dan juga bas BRT. Hari ini, pihak Rapid KL telah mengumumkan bahawa proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu untuk penambahbaikan sistem.

Penangguhan ini akan bermula pada 23 Disember 2024 ke 31 Januari 2025 dan mereka telah menasihatkan orang ramai yang mempunyai baki hari dalam pas My50 untuk menghabiskan baki hari tersebut sehingga tamat tempoh, dan membuat pembelian pas baharu selepas itu.

Ini bermakna bahawa pengguna tidak boleh memperbaharui pas sebelum tamat tempoh pas tersebut sepanjang tempoh penangguhan ini.

Dalam pada itu, pihak Rapid KL juga mengatakan bahawa untuk pengguna pertama kali pas My50, pembeliannya masih boleh dilakukan seperti biasa di semua kaunter Rapid KL.

Komen