Perkara paling menjengkelkan dalam penggunaan peranti boleh pakai adalah memuat turun kemas kini yang banyak bergantung kepada pemindahan fail Bluetooth. Ini membuatkan penggunaan jam, produk audio dan lain-lain rasa lambat. Perkara ini sudah berubah secara berperingkat dengan kemas kini boleh dimuat turun dengan WiFi atau data mudah alih.
Samsung Galaxy Watch antara yang menyokong ciri ini, di mana selepas kemas kini One UI for Watch berasaskan Wear OS 5.0, ia membenarkan pengguna memuat turun kemas kini dengan sambungan WiFi atau data mudah alih melalui eSIM. Lebih menarik, jam juga tidak perlu disambungkan pada pengecas seperti Apple Watch.
Kemas kini ini turut mengaktifkan ciri Cross-Device Services, di mana panggilan telefon telefon dan sambungan Internet boleh dikongsi jika setiap peranti menggunakan akaun Google sama. Dalam banyak-banyak jam tangan pintar dan peranti lain, memuat turun kemas kini paling pantas hanyalah pada Samsung sahaja setakat ini. Jika anda pengguna Pixel Watch 3, ini adalah satu perkara baik yang sangat bermanfaat.