Carian
Realme C75 Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM699
December 17, 2024 Amy Maizuraa

Realme melancarkan variasi baharu telefon pintar daripada generasi C75 pada Selasa. Harga jualan rasmi adalah RM699 (8/256GB) dengan ketersediaan bermula 18 Disember 2024. Setiap pembelian Realme C75 didatangkan dengan kaca pelindung secara percuma.

Realme C75 tampil dengan skrin LCD FHD+ (2400 x 1080 piksel) sebesar 6.72-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan dengan cip MediaTek Helio G92 Max, memori 8GB RAM, storan dalaman 128/256GB dan menjalankan Realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Terdapat juga bateri 6,000mAh disertakan dengan pengecasan pantas 45W melalui port USB-C. Sistem kamera pula terdiri dengan 50MP utama dan swafoto 8MP. Selain itu mempunyai penarafan IP66/68/69 untuk tahap pelindungan yang tinggi terhadap air untuk pengalaman penggunaan lebih baik dalam pelbagai keadaan.

Komen