Carian
Guna GrabPay Atau “PayLater by Grab” Dan Anda Berpeluang Memenangi iPhone 16 
December 17, 2024 Ikhwan Nazri

Akhir tahun tiba lagi dan seperti biasa ia merupakan bulan terakhir untuk anda melengkapkan azam tahun ini. Atau mungkin juga untuk anda menghadapi tahun baru dengan persiapan yang lebih baik. Khas untuk bulan Disember ini, Grab menerusi kempen jualan akhir tahun mereka iaitu Year End Sale 2.0 menawarkan ganjaran dan hadiah menarik apabila anda menggunakan fungsi pembayaran GrabPay ataupun pembayaran bertangguh PayLater by Grab.

Pembelian menerusi GrabPay atau PayLater by Grab ini memudahkan pembelian kerana bukan sahaja anda boleh membayar secara nirtunai, malah anda juga boleh menangguhkan pembayaran anda sehingga kepada bayaran ansuran untuk tempoh 12 bulan. Menerusi cara ini anda dapat memaksimumkan aliran kewangan anda menerusi pembayaran bertangguh, PayLater by Grab menjadi salah satu kemudahan dalam anda mendapatkan apa yang anda perlukan. 

Dan menggunakan GrabPay mahupun PayLater by Grab adalah mudah sekali bagi menyertai promosi Year End Sale ini dengan melakukan pembelian secara atas talian menerusi aplikasi Grab seperti berikut

  • Langkah 1: Pilih butang Shopping, dan anda akan dapat melihat kedai-kedai yang menerima pembayaran menerusi GrabPay atau PayLater by Grab.
  • Langkah 2: Selepas memilih produk yang diinginkan, pastikan anda memilih cara pembayaran menggunakan menggunakan  GrabPay atau PayLater by Grab. 
  • Langkah 3: Pastikan pembelian anda melebihi RM 100 dalam satu pembelian, dan anda berpeluang untuk memenangi sehingga 20 juta mata ganjaran tambahan GrabRewards akan tetapi lebih menarik lagi adalah 10 pembeli yang berbelanja paling banyak akan berpeluang memenangi iPhone 16. 

Memudahkan penyertaan anda dalam promosi akhir tahun ini adalah penerimaan pembayaran secara GrabPay atau PayLater by Grab yang merangkumi pelbagai produk seperti:

Elektronik: 

  • Switch
  • CompAsia
  • All IT Hypermarket
  • Urban Republic
  • TBM

Barangan Gaya Hidup: 

  • TT Racing
  • Cakerush
  • Flower Chimp
  • Photobook Worldwide
  • Mothercare

Kesihatan, kecantikan dan fesyen: 

  • Threebs & Co
  • Innisfree
  • Isetan
  • Levi’s
  • Wacoal
  • Clinique
  • MAC
  • Estee Lauder

Pendek kata anda tidak akan hilang idea untuk membeli produk yang juga akan ditawarkan oleh penjual pada harga diskaun memandangkan ini adalah tempoh akhir tahun, jadi pelbagai promosi diadakan dan anda hanya perlu melancarkan aplikasi Grab sewaktu membayar.

Promosi akhir tahun ini akan tamat pada 31 Disember 2024. Jadilah salah seorang antara 10 pembeli tertinggi untuk memenangi iPhone 16 dan juga bagi merebut sehingga 20 juta mata ganjaran GrabRewards. Jika anda selama ini hanya menggunakan Grab untuk tujuan pengangkutan ataupun menempah makanan, inilah masanya untuk anda mendapatkan sesuatu untuk diri sendiri, menerusi penggunaan GrabPay dan juga PayLater by Grab untuk pembelian barangan. Layari laman rasmi Grab untuk senarai pekedai yang menyertai promosi ini. 

Sertai: Promosi Grab Year End Sale 2.0 

Penafian: Advertorial dari Grab Malaysia

Komen