Carian
Kementerian Sumber Manusia Dan Huawei Bekerjasama Perkasa TVET Bagi Penuhi Keperluan Industri Serta Teknologi
December 17, 2024 Amy Maizuraa

Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama penyedia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) bertujuan bantu meningkatkan kualiti sektor latihan kemahiran Malaysia dan mempercepatkan transformasi digitalnya.

Melalui perjanjian itu, KESUMA dan Huawei akan menumpukan pada pembangunan bersama Pusat Pembelajaran Huawei TVET (TVET Huawei Learning Centre) pertama, dan dijangka ditubuhkan tidak lama lagi di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Langkah ini dianggap menarik untuk muncul sebagai penyelesaian utama dalam menyediakan modal insan yang mampu memenuhi permintaan industri.

Pusat ini akan menawarkan program latihan berkaitan teknologi terkini seperti 5G, kecerdasan buatan (AI) dan telekomunikasi yang diperakui Huawei. Di mana pengajar akan membincangkan prinsip asas telekomunikasi sebagai elemen penting dalam pembangunan teknologi moden sebagai permulaan. Latihan pula akan dijalankan bersama-sama dengan jurulatih daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia selepas mereka disahkan sebagai jurulatih bertauliah yang diiktiraf oleh Huawei.

Sebagai permulaan, seramai 2000 orang pelatih akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama dengan mereka diberi peluang untuk mempelajari pengetahua­n teori dan latihan praktikal. Pelatih yang telah menjalani latihan, penilaian dan lulus dengan jayanya bagi program berkenaan layak dianugerahkan sijil latihan. Bagi tujuan persijilan berkenaan pelatih hendaklah memenuhi syarat persijilan yang telah ditetapkan oleh Huawei, JTM dan institut JTM yang berkaitan. Selain turut mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi pusat pembelajaran ke bahagian luar Kuala Lumpur.

Kerjasama ini juga meliputi aspek-aspek penting seperti menaik taraf infrastruktur rangkaian ILJTM, bermula dengan ILP Pasir Gudang dan ILP Pasir Gudang Kampus Senai di Johor. Peningkatan infrastruktur berteknologi tinggi seperti bilik darjah dan kampus pintar dengan teknologi 5G dan Wi-fi 7 berkelajuan tinggi. Untuk meningkatkan lagi kesediaan tenaga kerja pula, Huawei akan bekerjasama dengan JTM di bawah inisiatif Huawei ICT Academy untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan situasi sebenar apabila melangkah ke sektor pekerjaan.

Komen