Carian
Poco M7 Pro 5G Kini Rasmi Dengan Cip Dimensity 7025-Ultra
December 18, 2024 Amy Maizuraa

Poco telah melancarkan telefon pintar M7 Pro 5G baharu secara rasminya di India. Ia boleh menjadi alternatif menarik dalam segmen kelas pertengahan. Di mana mempunyai prestasi memadai bersama pelbagai ciri berasaskan AI untuk meningkatkan pengalaman penggunaan.

Poco M7 Pro 5G menggunakan paparan FHD+ AMOLED 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dikuasai cip Mediatek Dimensity 7025-Ultra dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan storan yang boleh dikembangkan melalui kad microSD.

Selain itu menjalankan perisian HyperOS berasaskan Android 14 dengan pelbagai ciri berasaskan AI seperti AI Erase, AI Magic Sky, and AI Album untuk meningkatkan pengalaman penggunaan. Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP utama (Sony LYT-600) dan 2MP kedalaman untuk kesan potret. Bahagian hadapan pula menempatkan kamera 20MP untuk swafoto dan panggilan video.

Melengkapi peranti juga bateri 5110mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Dalam masa sama menyediakan imbasan cap jari di skrin, kalis air IP54, pemancar merah, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos. Harga jualan rasmi bermula Rs. 14,999 (~RM787) dengan pilihan warna Lunar Dust, Lavender Frost dan Olive Twilight.

Komen