Carian
Honor Pad V9 Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz Dan Cip Dimensity 8350
December 18, 2024 Amy Maizuraa

Honor kini mempunyai penawaran tablet baharu menerusi pengenalan Pad V9 di China. Ia dilengkapi dengan skrin IPS LCD 2.8K sebesar 11.5-inci dengan kadar segar semua 144Hz. Ini dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 8350, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Honor juga menampilkan persediaan lapan pembesar suara dengan sokongan Spatial Audio, Hi-Res Audio dan DTS:X. Selain itu menyokong input stylus melalui Magic Pencil 3, yang dijual secara berasingan. Bateri 10,100mAh digunakan turut boleh dicas melalui pengecasan 66W dan port USB-C.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera hadapan 13MP, swafoto sebesar 8MP dan menjalankan perisian MagicOS 9.0 berasaskan Android 15. Harga jualan rasmi bermula CNY 2,099 (~RM1,284) dan meningkat CNY 2,799 (~RM1,712) di China.

Komen