Dua hari lepas, Instagram memperkenalkan ciri menjadualkan hantaran mesej di Direct Messages. Hari ini, Threads iaitu pesaing X yang menggunakan akaun Instagram mengumumkan ciri menjadualkan perkongsian kandungan pula.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu tekan menu tiga-titik dan pilih Schedule. Kemudian pengguna boleh terus pilih tarikh dan masa bila untuk kandungan tersebut dikongsi ke pengikut. Setiap perkongsian yang dijadualkan akan disimpan dalam draf dengan kebolehan pengguna untuk melakukan suntingan atau membatalkan perkongsian tadi.
Ciri ini agak menarik kerana pemilik akaun Threads boleh menentukan masa terbaik untuk mendapatkan pencapaian dan interaksi menarik bersama pengguna lain pada perkongsian mereka. Cuma, buat masa ini ciri ini terhad kepada pengguna terpilih dengan cia akan tiba ke semua pengguna secara berperingkat.