Mangsa Scam Penyembelihan Khinzir Tidak Melakukan Laporan Kerana Malu Dipanggil Khinzir
Effi Saharudin
Skim penipuan atas talian penyembelihan khinzir (pig butchering) semakin meningkat tahun ini dengan ia bukan sahaja merugikan mangsa tetapi turut menyebabkan kematian individu yang dipaksa melakukannya di Myanmar. Tahun ini penyembelihan khinzir menjadi topik bulan ramai kerana banyak kes mangsa pemerdagangan manusia meminta diselamatkan oleh kerajaan Malaysia.

Intepol minggu ini mengatakan terdapat ramai mangsa scam ini tidak melakukan laporan kepada pihak berkuasa kerana malu dipanggil khinzir. Oleh itu Interpol meminta pihak berkuasa dan juga kerajaan untuk tidak lagi menggunakan terma penyembelihan khinzir untuk jenayah siber seperti ini.
Antara saranan terma yang diberikan ialah “penipuan pelaburan atas talian” atau “penipuan cinta atas talian”. Dengan terma yang lebih spesifikasi ini, Interpol percaya lebih banyak mangsa akan tampil melakukan laporan tanpa stigma yang akan terpalit.
Penipuan penyembelihan khinzir menerima namanya kerana mangsa akan dibela oleh penjenayah di peringkat awal sebelum disembelih sama seperti bagaimana penternak khinzir menjaga haiwan yang kemudiannya juga disembelih.