Carian
Samsung Now Bar Adalah Jawapan Kepada Dynamic Island Dengan Ciri Lebih Pintar
December 18, 2024 Fahim Zahar

Dynamic Island yang ada pada iPhone 15 dan ke atas adalah ciri yang unik dan menarik. Ia menyokong banyak aplikasi dan mempunyai ciri untuk pengguna berinteraksi bersama dengannya. Versi Android ada pelbagai seperti Live Alerts oleh Oppo. Terbaru adalah Now Bar versi alternatif oleh Samsung.

Ciri ini adalah eksklusif untuk One UI 7 yang tersedia dalam bentuk beta. Apa yang menarik, Now Bar adalah versi yang lebih pintar dan berdasarkan apa yang Samsung umumkan – ia mungkin lebih berguna berbanding Dynamic Island. Menurut Samsung, Now Bar mengumpulkan aksi-aksi yang dilakukan harian dan juga aplikasi dalam satu buih di tengah dan bawah skrin peranti.

Now Bar juga dilihat adalah rumusan untuk aktiviti harian pengguna, cuma ia bukan notifikasi untuk dibaca sebaliknya adalah seakan notifikasi yang pengguna boleh berinteraksi. Misalnya, ia boleh memberi peringatan sebelum pesawat berlepas atau mencadangkan aplikasi yang sesuai ketika sedang bercuti di luar negara.

Now bar juga adalah tempat untuk pengguna kawal muzik, memberi analisa kualiti tidur, penukaran mata wang dan banyak lagi. Ciri ini menggunakan data-data dari dalam peranti dan Samsung membangunkan Personal Data Engine sebagai enjin perlindungan di bawah Knox Vault yang turut mempunyai lapisan sekuriti post-quantum cryptograph. Now Bar boleh diuji melalui One UI 7 beta untuk Samsung Galaxy S24 sebelum diedarkan kepada semua menjelang tahun 2025 nanti.

Komen