Apple App Store Mula Menyokong Carian AI
Fahim Zahar
Dengan iOS 18 dan iPadOS 18, Apple secara perlahan mula mengintegrasikan ciri AI generatif terus ke dalam sistem. Kini sudah pun sampai ke versi 18.2, lebih banyak ciri disertakan seperti ChatGPT, Genmoji dan banyak lagi. Apple turut menggunakan Apple Intelligence untuk sokongan carian AI pada aplikasi Photos dan kaedah carian lebih kurang sama mula tiba ke App Store.
Gedung aplikasi Apple iaitu App Store sejak Oktober lalu sepatutnya telah sedia dengan ciri ini namun ia tidak kelihatan. Laporan terkini dari The Verge memperlihatkan, App Store akan mengeluarkan notis ‘Search the Way You Talk. Use natural language to find things like “Apps that help me work out.”‘. Melaluinya pengguna boleh mencari aplikasi dengan memasukkan perkataan yang menjelaskan sesuatu.

Misalnya, emulators that feature multiple consoles akan memaparkan aplikasi pelagak Delta. Apps that only emulate single console pula akan memaparkan aplikasi seperti PS Remote Play, PlayStation, dan Xbox . Atau mencari Video games that can help me work out akan memaparkan permua atau aplikasi yang anda tidak tahu wujud.
Dalam cubaan saya, ciri ini masih tiada pada App Store dalam iPhone 16 dengan iOS 18.3. Ia mungkin terhad kepada negara terpilih atau pengguna bertuah sahaja. Lagipun, Apple Intelligence masih mempunyai sokongan terhad dan tidak boleh digunakan oleh semua pengguna. App Store juga akan memaparkan ulasan yang diringkaskan dengan AI.
[sumber] The Verge [/sumber]