Samsung The Premiere 8K diperlihatkan secara rasmi di CES 2024 awal Januari lalu. Pada waktu tersebut Samsung mengatakan ia adalah projektor nirwayar lontaran pendek pertama yang menyokong resolusi 8K. Samsung kini mengumumkan The Premiere 8K ialah projektor nirwayar pertama melepasi piawaian 8K Association (8KA).
Ia disahkan mematuhi piawaian resolusi 7680×4320 pixel, keterangan, kontras, gamut warna, sokongan HDR, kemampuan meningkatkan resolusi kandungan ke 8K dan audio imersif yang ditetapkan oleh 8KA. Sebelum ini TV 8K keluaran Samsung juga yang pertama melepasi piawaian 8K.
The Premiere 8K masih belum dijual tetapi dengan ia secara rasmi menerima piawaian 8KA, ia petanda bahawa pelancaran secara rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat.