Acara pelancaran hari ini menyaksikan kemunculan telefon pintar boleh lipat genarasi baharu Huawei Mate X6 di Malaysia. Tarikan utama pada peranti adalah rekaannya yang nipis dan ringan sehingga berjaya menarik perhatian pengguna pada setiap sudut. Dalam masa sama menawarkan pengalaman fotografi lebih baik menerusi sistem kamera canggih, yang juga membawakan sistem XMAGE.
Peranti ini dilengkapi dengan skrin utama sebesar 7.93-inci dengan resolusi 2440 x 1080 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Sementara itu skrin sekunder pula bersaiz 6.4-inci yang mempunyai kecerahan puncak 2500nits, resolusi 2440 x 2240 piksel dan kadar segar semula 120Hz.
Cip Kirin 9020 digunakan sebagai tunjang utama dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Selain itu menjalankan EMUI 4.2 dengan ciri berasaskan AI menarik seperti AI Messaging, AI Mistouch Prevention, Live-multitask, Split Screen dan sebagainya untuk pengalaman produktiviti lebih baik.
Peranti juga mempunyai kamera utama 50MP RYYB dengan aperture boleh diubah diantara F1.4-F4.0 dan OIS, sensor 40MP ultra-lebar dan 48MP untuk kebolehan makro. Dalam masa sama menawarkan zum optikal 4X dan 100X digital, di samping kamera hadapan 8MP (f/2.4). Bateri pula sebesar 5110 mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W berwayar, 50W nirwayar dan 7.5W berbalik.
Harga jualan rasmi adalah RM8,688 dengan tiga pilihan warna menarik seperti Nebula Red, Nebula Gray dan Black. Setiap pembelian HUAWEI Mate X6 didatangkan dengan pelbagai aksesori bernilai sehingga RM8,098 termasuk HUAWEI WATCH Ultimate, rebat tukar beli eksklusif RM2,000, dan perlindungan skrin selama satu tahun.