Pada majlis yang sama, Huawei mengumumkan mengenai pelancaran fon telinga nirwayar baharu iaitu FreeBuds Pro 4 di Malaysia. Ia dihasilkan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pengguna tetapi juga menawarkan nilai tambah yang menarik. Untuk mencapai tujuan itu, pelbagai ciri dan fungsi yang dinaiktaraf diberikan pada produk baharu ini dengan butiran penuh seperti berikut.
FreeBuds Pro 4 juga menggunakan pemandu audio 11mm dengan pad sesentuh pada bahagian sisi. Sebagai contoh untuk memainkan lagu, menjedakan lagu, menukar lagu, menyeru pembantu suara dan menjawab panggilan. Setiap putik audio juga menyokong teknologi Huawei Sound serba baharu dan bukannya Devialet seperti sebelum ini.
Selain itu mempunyai AI Noise Cancellation dan High-Sensitivity Bone-Conducting Microphone. Diikuti dengan sokongan audio resolusi tinggi boleh dilakukan menerusi codec SBC, AAC, L2HC 4.0 dan LDAC. Setiap putik audio juga boleh beroperasi sehingga 6.5 jam tanpa ANC dan 4.5 jam dengan ANC. Melalui bantuan pod pengecas pula pengguna boleh menikmati audio sehingga 33 jam sekali caj.
Harga jualan rasmi adalah RM899 untuk Huawei Freebuds Pro 4 dengan pilihan warna putih, hitam dan hijau. Setiap pembelian FreeBuds Pro 4 didatangkan dengan pelbagai aksesori bernilai RM327 yang termasuk Huawei Band 8, Huawei FreeBuds Pro 4 Case dan perlindungan kehilangan fon telinga selama satu tahun.